Get a Glitter Calendar Click Here

Ahad, 31 Julai 2011

Kisah Dua Hantu


Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian…aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apasal kau tak gi buat operation? Kalau tak, dah tentu kau tengah lepak-lepak dengan keluarga kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..aku syak isteri aku main kayu tiga dengan aku. Jadi satu hari tu, aku ingat nak perangkap lah isteri aku..Aku pura-pura pergi keje tapi sebenarnya aku parking kereta aku kat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat carpark umah aku. Aku rileks dulu sebab nak cari masa sesuai nak tangkap diorang.”
“Jadi, ko dapat la tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku hairan, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki2 kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. Jadi aku pun lari2 sekeliling umah aku nak cari jantan tuh. Habis semua bilik aku cari tapi takde pun.Akhir sekali, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab Heart Attack. Dan aku tak sangka aku mati pulak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika Hantu B berkata, “Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?” 

Menantu Hantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Korang dah BAYAR ke belom..?

Makan ketupat dengan lodeh,
banyak santan berbuih-buih,
Berbuka puasa jangan berlebih,
nanti tak larat pergi Terawih

Bila nak raya tersa suka,
sukanya hati tidak terkira,
usah mengumpat usah mengata,
Puasa dibuat sia-sia belaka

anak ikan berenang-renang,
berenang2 di dalam kolam,
bila puasa x cukup sebulan,
kalau beraya uh!!cukup sebulan.

itik dan arnab main lumba lari,
datang c katak masuk port,
wahai korang aper class beli baju raya brend,
kalau duit pun minta mak bapak yang spent?
hahahha

pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
utang pose bln lepas x bayar
la... ni dah masuk pose camne ni??


upin ipin pun pose penuh..korang?



p/s : kalau korang pose nanti mesti rasa haus kan?korang jangan plak masukkan kepala korang kat dalam peti sejuk..Nak amek hawa dingin ea?makhruh tau tak...Kuatkan iman korang walau ternampk budak kecik yg tak pose tengh makan Makanan Kegemaran korang..Anggap jew COBAAN........

OK lah,SELAMAT BERPOSA yew...:)


Jumaat, 29 Julai 2011

Blogger : UYC sombong......?

Aku slalu datang view ko punye blog dan entry-entry gempak ko.Ramai gila follower ko kan.Tengok entry pun semua best-best.Sebab tue aku slalu komen.Aku suka.Kalau aku on jew laptop nie sign in blog,kompem aku tengok ko punya blog dulu.Nak tau apa entry terbaru ko...Dan seterusnya aku follow ko punye blog gak..Dan aku ingat ko nak follow aku balik.Tapi sangkaan aku salah..Meleset jauh ke planet pluto.Tak kisah klu tak follow,tapi macam jarang sangat nak nampak ko reply balik komen-komen aku.

Owh,maybe betul gak kata Wancikgumuzik "Wajib kew reply semua komen?".(amek ayat dia jap :p ).So, masa tue baru aku tefikir komen aku tak bagus kew?tapi kenapa yang lain ko leh reply komen dorang?Aku terasa sangat diri aku kecil masa tue..macam tak kena layan..sob sob sob touching la pulak..

'Aku tengok ko reply komen2 member ko menarik jew,tapi kenapa ko tak reply komen aku?KO NIE MEMANG SOMBONG KEW?'(itu dalam otak aku masa tue).Tapi aku still komen entry2 ko..tak kisah la, sebab entry ko memang menarik.

But.......
Sangkaan aku meleset sekali lagi KERANA...........jeng je jeeeeeeeeeeng..!!
Tengok kat bawah nie...
Tak nampak ea?
jap aku besarkan....
Nampak dah?nampak UYC?follower ke 79...(^_^) dan komen kat ats tue..

Walupun komen tue ringkas setakat 2 perkataan jew 'hahaha aigoo >______<'', Tapi aku nak bagitau kat korang semua kepada PEMINAT2 /MEMBER2 BLOG UYC bahawasanya aku a.k.a Hana Andriana AMAT GEMBIRA bila dapat tahu UYC AKHIRNYA DAH FOLLOW AKU BALIK (^_^)...yipppiiiii :D
Akhirnya aku rasa diiktiraf..(Bunyi macam gempak jew padahal takde pape pun) :p
Sorry la Umar sebab wat statement tentang ko..ehehhe,Harap ko maafkan aku kalau aku ada silap.Sebenarnya aku gembira sangat ko follow aku balik.Sebab nak bgtau ko nie, Aku salah sorang peminat kepada ===========>
 

p/s buat UYC : Teruskan wat entry yang menarik k..hehehhe



Khamis, 28 Julai 2011

Bengong...Teruja Berganti Duka!Macam S***

Hari nie jew aku dah tak tentu arah, tak senang duduk, semata-mata tak sabar nak tengok perlawanan bola sepak diantara Harimau Malaya dengan Singapore.Gi surau nie dari maghrib..solat tak la, sebab aku hari nie ehem2x...:D ishak pun blom agi nie..

"isk pak imam nie,tak boleh kew baca doa tue laju2 sikit.Bola dah nak main nie!"(hati kecil berkata)
ups, jahatnya aku..kat surau plak tue..habis lah bertambah dosa aku...huuhuhu
********
"Yes,dah habis dah solat ishak.....woit echa, jomlah balik.Gerak cepat2 lah, dah kul9.00 nie.Tinggal dah kita.."
"Yala2,kejap la..aku kai selipar dulu..jap3x"
hahaha,sian kawan aku echa tak sempat kai selipar aku dah blah dulu..sory echa..tapi Bola lebih penting.hahaha
*******
Dari jauh aku dah tepandang sesusuk tubuh yang menyerupai segi empat tepat..o.O Segi 4 tepat?berdekatan dengan Kiosk Waffer dan Burger sebelah aspuri..Astaghfirullahalazim.......dah la aku orang pertama yang kuar dari surau semata2 nak tengok pemain2 malaysia beradu tenaga melawan singapore, tejumpa plak benda nie....erk?

Dah dekat nie....hmmm (membuka fikiran utk meneka apakah benda itu)
Yehaaaaaaaaaa!!! (^_^) TV 29inci yang lebar punya tue entah jenama pa di letak kat luar aspuri..Sampai jew terus duduk atas aspal tempat letak kreta sambil tengok pemain malaysia menyerang...hahha....Baiknya lecturer kitorang.memang teruja habis.Yang masih kai telekung pun siap duduk sama ramai2 lepak kat atas aspal yg tajam tue menusuk ke bontot kitorang..ahaha....tak kisah la, yang penting dapat tengok!

"Nah, itu dia kat kuning..ambek kau!"(....Aku)
"Ya, main tarik2 plak tue..."(member aku)
"Ha.....syafi bawa bola dah...gol lah, gol lah, gol lah........!!!aaaarrrrggghhhhh....tak masuk plak!!"
Boleh dikatakan beratus-ratus perkataan 'gol lah' keluar dari setiap mulut orang yang duduk kat situ ngadap TV..dan dalam tiap orang tue menyebut lebih kurang 5-6 kali..hahaha, termasuk lah aku.Dan aku lah orang yang paling bising tengok bola..Teruja kat
*******
Tengok punya tengok punya tengok.....dah 1-1....? Gawang Fahmi dah bolos....huwaaaaa...memang semua dah kecewa time 2..masa dah tinggal 6minit jew..Memang masa tue hati nie rasa nak membakar TV tue jew..biar semua orang tak dapt tengok.(sebenarnya takut terima kenyataan yang Harimau Malaya dah nak kalah).Tak achee betol, pesal Singapore banyak pemain import!!kena bawa ke muka pengadilan nie...

"prrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttt...prrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttt...!!!" wisel dah bunyi menandakan MASA DAH TAMAT!!!!  =.="

Burger aku dah sejuk dah tak sempat nak makan sebab syok sangat tengok bola...Siap bertaruh ngan member plak..dan akhirnya aku kalah..Taruhannya kena beli hot tiket RM15 pada yang kalah..so aku kena call dia guna hot tiket tue sampai habis utk malam sabtu nanti..adehh ..what the....?

Apa2 pun, AKU SUKA FAHMI.......yehaaaaa, TERBAIKLAH......!! (^_^)..
Buat pemain Malaysia, Korang dah berusaha sedaya upaya, korang memang best utk sampai ke tahap nie.Jangan patah semangat tau...Kami masih setia menyokong mu...:)
Harimau Malaya

Pemuda Menggoda Isteri Orang

Seorang lelaki muda iaitu Agus pada petang  itu mendatangi rumah seorang penjual beras. Agus mengetuk pintu dan istri penjual beras itu segera membukakan pintu. Agus pun bertanya, "Apakah kamu tahu cara melayani suami?".

Mendengar pertanyaan itu, si isteri sangat tekejut dan marah. "Kurang ajar! Pergi ko dari sini!!", herdiknya sambil menutup pintu dengan kuat.
Esoknya, Agus kembali lagi mendatangi rumah itu dan bertemu istri penjual beras. Dia bertanya dengan pertanyaan yang sama dan istri penjual beras itu pun marah dan menutup pintu, "Eh,ko nie memang kurang ajar lah!!".

Malamnya, di bilik tidur, istri penjual beras melaporkan kejadian itu kepada suaminya.

"Abang, tadi ada sorang lelaki  kurang ajar datang ke rumah!!".
"Kurang ajar?maksud awak apa?", ujar suaminya.
"Dia menggoda saya bang!".
"Hah, menggoda!". kata suaminya.

Sang suami pun bertekad membuat perhitungan dengan pemuda yang telah berani menggoda istrinya.

Dia meminta, jika pemuda itu muncul lagi, si istri tidak perlu marah - marah, malah  melayani pertanyaan itu dengan biasa saja. Sang suami akan bersembunyi di balik pintu dan akan mengajar pemuda itu.

Istri setuju dengan skenario itu. Maka, paginya, ketika Agus mengetuk pintu, istri penjual beras segera memberi isyarat kepada suaminya. Setelah bersedia, dia pun menuju pintu dan membukanya.

"Ada apa ya?" tanya istri penjual beras sambil menahan daun pintu supaya tidak terbuka luas.
"Apakah kamu boleh memuaskan suami?", tanya Agus.
"Ya, mestilah boleh, kenapa?", ujar istri penjual beras itu.
"Bagus! Kalau begitu buktikan kepada suami kamu dan jangan lupa beri tahu dia supayajauhkan diri dari isteri saya!!".

Rabu, 27 Julai 2011

Resepi Hari Raya (Buras Tawau)

Kepada pengunjung resepi buras tawau ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa nanti sebab korang pasti nak adakan kelainancari resepi bila menjelangnya hari raya kan.
Kepada yang belum mengetahui apa itu Buras, buras tu ialah sejenis makanan tradisional suku Bugis berupa nasi kukus bersantan yang dibungkus dengan daun pisang.  Setahu aku, buras juga dikenali sebagai burasak… tapi burasak bukanlah tumbuk (this is another traditional Bugis food too).Tumbuk ataupun nama lain kat Semenanjung nie Lemang.Cara Masak dan bentuknya pun lain dari Lemang.tapi rasa sama jew.Aku pun tak tahu pesal dinamakan Tumbuk.Lahir-lahir jew dah memang nama tue.
inilah buras dengan serunding daging
Bahan-bahan:
Beras 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.
Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau).
Cara-caranya:
Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan.
Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api.
Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar jew). Bila santan sudah berubah warna sedikit, padamkan api. Tuang/masukkan santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat! jangan terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.

Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat.  (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu, Kemudian panggang daun2 pisang yang dah dipotong kecil.Panggang kejap jew dlm 4 saat ke sekeliling daun.)
Sila ikuti panduan gambar untuk membungkus buras.
Cara mengikat buras:
Susun bungkusan bertiga-tiga atau berempat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi pada jarak 1 in, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Pastikan diikat ketat. supaya air tidak masuk bila direbus nanti.Buras hampir siap.
Memasak buras:
Rebus buras selama 1-3 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar di kayu api yang marak) Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama hidangan ayam masak lengkuas. Sure brasap punya…

>Selamat mencuba<

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

jom join segmen ni

Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”. 
 
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.
2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.
Kategori : IBADAH Puasa  
Tajuk :
Anjuran Berpuasa Pada Hari Arafah
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
 
(Muslim)

Huraian
10 Zulhijjah bakal menggamit lagi menandakan ketibaan Eidil Adha bersama dengan laungan tahmid memuji Allah di atas segala nikmat kurniaannya termasuk nikmat berhari raya. Kemeriahan Eidil Adha akan lebih terasa apabila umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji di Mekah sama-sama menunaikan puasa sunat hari Arafah. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Ini bermakna Islam sentiasa mengawal setiap tindak tanduk umatnya di mana setiap amalan yang dikerjakan dan bertepatan dengan kehendak syarak akan diganjari pahala termasuklah juga perkara makan dan minum.
Kategori : IBADAH Solat  
Tajuk :
Jalan Ke Syurga
Hadith :
Daripada Abu Abdillah Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada rasulullah SAW: “Apakah pendapat tuan sekiranya saya melakukan solat-solat fardu (lima waktu), berpuasa di bulan Ramadhan, menghalalkan apa yang halal, mengharamkan apa yang haram dan tidak menambahkan sesuatu pun padanya, adakah aku akan masuk ke dalam syurga.”
 
(Muslim)
Huraian
Jalan ke syurga adalah jelas dan mudah kerana Allah telah menentukan baginya batasan-batasan dan amalan-amalan yang menyampaikan seseorang itu kepadanya. Apa yang penting adalah iltizam seseorang itu dengan segala apa yang difardukan serta meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan kerana Allah SWT sesungguhnya tidak meletakkan beban dan kesusahan yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Ini sejajar dengan firman Allah SWT yang maksudnya:” Allah menghendaki yang mudah dan tidak menghendaki yang sukar bagi kamu.” (al-Baqarah: 185) Seharusnya jika kita mengharapkan kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat maka kita hendaklah menjadi ‘tamak’ untuk menempati kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT dengan tidak meninggalkan amalan sunat dan tidak juga mendekati perkara yang makruh. Demikian juga kita tidak seharusnya membeza-bezakan antara amalan yang dituntut sama ada yang wajib mahupun yang sunat sebagaimana juga kita tidak akan membeza-bezakan perkara yang jelas dicegah iaitu haram dengan perkara yang tidak digalakkan seperti makruh.
Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Setiap Hukum Ada Hikmahnya
Hadith :
Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”
 
(Muslim)
Huraian
Selaku umat Islam, kita perlu jelas bahawa setiap hukum yang dibawa oleh Islam ada kaitannya dengan kesejahteraan hidup manusia sama ada dari aspek rohani mahupun jasmani, fizikal mahupun spiritual. Setiap hukum dan larangan tersebut sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atasnya ada hikmahnya yang tersendiri. Hukum juga boleh berubah-ubah bergantung pada beberapa perkara seperti maslahah ummah dan kehendak zaman asalkan ia tidak menyalahi hukum dan batasan yang ditetapkan oleh syarak. (al-Quran dan sunnah). Sesungguhnya setiap suruhan dan tegahan agama itu bukanlah bermaksud untuk mengekang kebebasan individu. Ia sebenarnya untuk kebaikan bersama. Inilah tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w diutuskan iaitu untuk memberi penerangan kepada manusia tentang tatacara kehidupan yang sebenar berlandaskan kehendak Islam.


Segmin nie aku telah menTAG===:> Chae ra , Jairinly , Blues Riders , Nazri Razra & She Nurul

Selasa, 26 Julai 2011

Nasi Bambong Tawau

Sesuatu yang menarik kat Tawau, Sabah adalah bahan mentah dan makanannya yang sememangnya murah sampai tebeliak mata korang tengok makanan nie nanti dan korang akan mengeluarkan kata2 seperti ini berulang2 kali 'wah,tak sangka harga sampai macam tue sekali..betul kah tue?'..ha..Tue tempat kelahiran aku tue.So, korang pecaya jew..Aku dari zaman2 sekolah menengah lagi dah slalu sangat makan kat Warung Nasi Bambong nie....meh Tengok kalau tak pecayew...:)
Nasi,telur,tempe,sayur ,udang+sup kosong percuma
Selain telur dan ikan, nasi itu juga dicampur dengan sayur, tempe goreng, sosej @ tauhu, sedikit sambal serta semangkuk kuah sup.Apa jew lauk yg ada kat situ korang amek jew, jangan segan2.

Kenapa dinamakan nasi Bambong? Ekceli bambong menurut bahasa pasar Tawau adalah orang yang tak bekerja atau dalam kata lain penganggur. Jadi nasi bambong adalah merujuk kepada mereka-mereka yang kurang bajet untuk makan di bandar Tawau ni. Kebanyakan pelanggan yang order makanan ini adalah para pelajar dan mereka-mereka berpendapatan yang rendah.Eh, korang jangan memain,sedangkan pekerja2 kerajaan bergaji tinggi pun ada gak makan kat sini.Murah kan..mana nak cari. :D
Betul kah murah?
Betul ke makan nasi Bambong ni Murah? of course lah murah sebab harga dia memang berbaloi lah yang teramat sangat. Dulu zaman aku sekolah dijual RM1 je. Pastu disebabkan ketidaktentuan ekonomi, nasi ini naik pula kepada RM1.50 seterusnya RM2.00.Tapi ok lah kan. Syukur sebab rasanya tiada tempat lain yang jual makanan murah macam kat Warung Nasi Bambong nie. Sedap plak tue.Bila lah aku leh balik Tawau lagi nie..windu la...uhukhuk

Ok la kawan2, saja nak promosi nasi Tawau ni kepada korang... Kalau datang Tawau singgah-singgah lah mencuba ya,. Tak rugi pown kan....ehehe

Isnin, 25 Julai 2011

Wanita maut ditikam tunang kerana cemburu

 BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita ditemui mati, dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini, hari ini.

Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu jam 8 pagi. 
"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan, kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Beliau berkata selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun.
gambar sebagai hiasan jew..
Daripada maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, menurut rakan sekerja wanita itu, Karimah tiba tempat kerja pada 7 pagi dan masuk ke bilik persalinan untuk menukar pakaian sebelum seorang lelaki berusia 35 tahun datang dan turut masuk ke bilik yang sama.

Beliau berkata, rakan mangsa melihat lelaki itu keluar dari bilik persalinan berkenaan manakala Karimah tidak keluar sehingga 8 pagi menyebabkan rakannya itu bertindak masuk ke bilik berkenaan untuk memanggilnya bagi memulakan kerja.
"Rakannya itu sebaliknya menemui mayat Karimah yang lengkap berpakaian dan berlumuran darah. Polis turut menemui sebilah pisau dalam bilik persalinan itu, dipercayai senjata yang digunakan untuk menikam wanita berkenaan," katanya.

Abdul Rahim berkata, polis menahan tunang wanita itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ibu angkat wanita itu Aisyah Mohd, 62, berkata Karimah yang mempunyai dua anak dan tinggal di Kedah bersama keluarganya itu telah bercerai dengan suaminya tahun lalu.

Beliau berkata, Karimah tinggal bersamanya di Putra Villa di Bertam dan telah bertunang dengan lelaki terbabit beberapa bulan lalu. - BERNAMA

>siot jew, sampai membunuh..<  =.='

Khamis, 21 Julai 2011

Kisah Benar Isteri CUrang

sekadar hiasan
Kisah ini saya ambil daripada blog yang saya tinjau2 dan crita nie di petik dari sebuah buku yang telah  dibaca oleh tuan empunya blog sendiri..

Kisah benar ini berlaku di selatan tanah air semenanjung malaysia.Dimana, si isteri telah berkahwin dengan suaminya selama empat tahun dan mempunyai seorang cahaya mata berumur dua tahun.Si isteri bekerja dalam bidang kerajaan sebagai kerani semenjak tiga tahun lalu.Bermulanya kehidupan mereka memang bahagia dimana awal percintaan hingga lah mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Suaminya bekerja sebagai tukang cuci banggunan di salah sebuah syarikat dan bekerja mengikuti jadual shift .Dimana ada tiga shift yang perlu di lalui seperti shift pagi , petang dan malam.Kerana kewangan suami kurang memuaskan dan di bataskan waktu bersama oleh jadual kerja ,maka si isteri telah berkenalan dengan seorang tauke syarikat yang selalu berurusan di tempat kerja.Pada mulanya tauke syarikat itu hanya mempelawa untuk minum kopi.Memang pada mulanya si isteri menolak pelawaan tersebut, namun kerana kebaikan dan seperti tauke tersebut tidak mempunyai niat yang lain , maka si isteri mempersetujui pelawaan tersebut.Pada hari pertama tidak ada apa-apa yang berlaku .Termasuk lah kali kedua dan ketiga tidak ada apa-apa yang terjadi.

Kejujuran, kebaikan , hormat dan tauke tersebut sentiasa menjadi pendengar setia setiap luahan hati si isteri dan si isteri menganggap tauke tersebut membuatkan dirinya selesa.Barang berharga dari lah benda kecil sehingga emas telah diberikan kepadanya dan tauke tersebut begitu baik hingga si isteri menitiskan air mata di atas kebaikan nya itu.Si isteri tidak mempunyai krisis dengan si suami kerana suaminya begitu cintakan dan hubungan mereka memang baik tetapi apabila terkenangkan tauke itu tadi membuat kan hati si isteri menjadi serba salah.

Dan sehingga lah pada suatu hari , suami si isteri di tugaskan ke daerah lain untuk seminggu atas urusan kerja syarikat yang sama.Si isteri telah memberitahu kepada tauke itu tadi dan mereka akan membuat temu janji makan malam di sebuah hotel besar.Dan pada malam itu ternyata si isteri telah tewas kepada pujukan rayu si tauke dan mereka bermalam hingga ke pagi.Si isteri sudah bersedia bersekongkol dengan pembantu rumah yang menjaga anaknya.Mereka melakukan di tempat yang sama selama lima hari tanpa pengetahuan dari suami tercinta.Yang menghairankan tiada rasa bersalah dari si isteri.

Hari demi hari dan bulan demi bulan berlalu ,Mereka melakukan perbuatan itu apabila suaminya bekerja pada waktu shift petang ataupun malam tetapi mereka tidak akan tidur di hotel kecuali suaminya bertugas di luar daerah.Namun hubungan mereka tidak pergi jauh, dimana tauke tersebut telah berpindah ke negeri yang lain.

Kekasih seterusnya adalah rakan sekerja dan ada beberapa lagi kenalan melalui internet.Sehingga lah pada suatu hari si isteri demam kuat dan di masukkan kedalam wad.Si isteri menghidap jangkitan kuman di dalam kemaluannya tanpa pengetahuan si isteri mahupun si suami.Penyakit si isteri semakin  parah sehingga lah si isteri terpaksa berhenti kerja kerana tidak mampu lagi bergerak seperti biasa.

>Klik DI SINI untuk tahu lebih lanjut<

moralnya di sini, syurga ditapak kaki suami...
sebarang tindakan yang ingin diambil kita kena pikir beribu2 kali..
Salah buat keputusan, ini lah jadinya...Neraka tempatnya..wallahualam..

Jumaat, 15 Julai 2011

Bantulah Mereka....!

Assalamualaikum, Salam hormat dan salam satu blogger.. Update pertama untuk hari ini ialah mengenai pasangan suami isteri yang sangat memerlukan bantuan dari anda semua. Hari ini hari depa.. Nanti hari kita pulak kan?? Mana laa tahu kan?? Semuanya di tangan Allah.. Aku terpanggil untuk buat entri ini setelah mendapat msg di FB dari kawan aku menceritakan tentang mereka yang memerlukan bantuan nih. Ok ok.. aku pendekkan cite.

Bayi yang menangis ini adalah insan yang hadir dalam hidup pasangan suami isteri di atas.. Maka sangat bahagia mereka mendapat cahaya mata anugerah Ilahi nih kan??

 Namun semua kebahagiaan bagaikan diragut setelah ibu kepada bayi ini telah jatuh sakit dan lebih menyedihkan si ibu tidak dapat menyusukan bayinya setelah 5 kali menjalani pembedahan sejak mac 2011. Nama pesakit di atas saya hanya kenali dengan nama NORMA dan sangat memerlukan bantuan anda semua bagi membantu kos rawatan yang ditanggung mereka.

Sangat sayu bila melihatkan anaknya yang yang tagihkan susu ibunya dikala ibunya tidak mampu memberi kepada anaknya dan demi sifat kemanusiaan, aku sebagai blogger terpanggil untuk mengajak kawan2 sekalian memberikan sedikit sumbangan kepada Norma bagi kos rawatan yang dikatakan memerlukan RM10,000.00 setiap suntikan dan ubatan.





Bukan mereka meraih simpati kepada kawan2 semua untuk membantu mereka malah mereka sendiri pun tudak tahu dan tidak kenal siapa aku dan tidak minta aku keluarkan entri sebegini.. Aku hanya ingin membantu sekadar yang mampu. Aku tidak kaya harta, hanya doa dan bantuan sebegini sahaja yang mampu aku berikan.


Kepada kawan2 yang ingin menghulurkan bantuan, boleh memasukkan sedikit sumbangan ke :

CIMB
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif

Diharap dengan sedikit bantuan dari kawan2, kita dapat bantu meringankan beban mereka yang dalam kesusahan nih.. Korang mesti nak tahu kan apa penyakit sebenar yang dialami oleh Norma ini kan?? Korang boleh pegi tengok cerita mereka kat blog kakak iparnya DI SINI.

P/S : Apa salahnya kalau sekali sekala menghulurkan bantuan kan??

 


Khamis, 14 Julai 2011

KPOP - 2PM *Hands up..!



"Everyone put your hands up and get your drinks up!" album terbaru yang dinanti-nantikan oleh Korea dan aku sendiri dari 2:00 telah dikeluarkan.hahahha
"Here’s “Hands Up”:

     
LYRICS:
ullyeo peojineun eumage matchwo
Everyone put your hands up and get your drinks up
on sesangi hamkke michyeo
Everyone put your hands up and get your drinks up
Now, put your hands up, put your hands up put, put, put, put, put

bollyumeul nopyeo seupikeo teojidorok geurigo modu hamkke michyeo jeongsin ppajidorok
on momeul heundeureo bwa bwa amu saenggak an nadorok

oneul modu hamkke bam sae nae mare donguihaneun saram manse oneul kkeutkkaji gyesok dallyeogase
irya! irya! You know what I’m sayin’ igeon gwiro deutneun piro hoebokje yeongyangje
patireul teoteurineun gipokje bam sae heundeullineun bulbiche ttak eoulliji nae mal matje

Here we go here we go gyesok dallijago
ije gyeou yeoldu si ajik hae tteullyeomyeon meoreotdago
geureoni han jan deo masigo dasi sijakhajago

haega tteugi jeone jeoldae eumagi kkeunkineun iri eopge DJ oneul bameul butakhae
“oppa mideodo doeji OK?” Yes Sir naneun meonjeo deureogalge ireon mari naoneun iri eopge
sul han janeul dagachi deurikilge one shot dagachi ja galge

Don’t stop oneul bameun tteooreuneun modeun saenggageun biwo beorigoneun dagachi jeulgyeo bwa

TRANSLATION:
Turn on some blaring music
Everyone put your hands up and get your drinks up
Go crazy with the whole world
Everyone put your hands up and get your drinks up
Now, put your hands up, put your hands up put, put, put, put, put

Raise the volume until the speakers burst
and all together go crazy until you lose your minds
Shake your whole body and lose your minds

Together all night,
all the people who agree with me mansei,
until the end of tonight keep running
Giddy up! Giddy up! You know what I’m sayin’
this is an energy restoring tonic you hear with your ears
The catalyst that explodes the party, dancing all night under the lights,
They go together exactly, aren’t I right

Here we go here we go constantly running and
Right now it’s barely midnight, the sunrise is still far away
So lets have one more glass and start again

Before the sun rises absolutely do not cut off the music, DJ take care of tonight
“Oppa I can trust you OK?” Yes Sir, I won’t say I’m leaving first
Lets all have another glass together. One shot. Everyone lets go.

Don’t stop Tonight empty all thoughts and all have fun together

***********************************************************
          Pop Dancy adalah lagu menarik, dan kita tidak boleh lupa penggunaan pengulangan frasa yang popular untuk mendapatkan lagu yang bermain2 dalam kepala kita. Malah, selepas mendengar trek lagu  untuk sementara waktu, aku rasa aku mcm dah kemana2 dan hilang perhatian.. Omo! Sama sekali tidak, macam mana aku leh bosan, terutamanya  dengan lagu 2:00pm? takde dlm kamus hidop aku tuk bosan ngan lagu2 2pm nie.  


          Nevertheless, I have “Put your hands up put your hands up put put put put put put your hands up put your hands up” and “Everyone put your hands up and get your drinks up!” stuck dalam kepala aku sekarang nie. hahaha, bukan stuck sebb nak minom thats minuman, tapi sebab rentaknya yang best la. Part pempuan yang nyanyi tue adalah Sohee (Wonder Girls).Pendek tapi bagus jew sora dia dan benar-benar sesuai. Loving rap oleh Taecyeon huhuh ... cepat sangat  sampaikan aku tak dpt nak ikot sama nyanyi kat bahagian tue.Siot jew..ko memang terer la Taecyeon. Apa2 pun aku teramat suka dan gilew la bila tengok tarian Wooyoung Oppa...huhu, Terbaik la..part nyanyian dia pown sedap jew dgr sora dia,...huhu..handsome plak tue.adeh..sllllrrrrrppppppp..!!! ;p

          Seemed more like a lengthened intro. What’s good though: It isn’t about a heartbroken guy or one seeking after love! Just telling us to put our hands up and get our drinks up. Rentak nie benar-benar sesuai untuk dance floor di sebuah kelab. Ha, yang Muslim  tue boleh jew layan lagu2 yang macam nie, tapi jangan sampai ikot apa yang dorang buat...tak baik tau....Just enjoy they Music ok?..bagus!


          Aku ada ternampak gak banyak komen2 peminat lagu nie kat web berbanding G-Dragon vs TOP dengan lagunya 'HIGH'....Boleh nampak la macm mana 1 leh compare ngan dua,tapi disamping pengulangan penggunaan,  I don’t really see how they are alike or “copying” each other..Kedua2nya adalah lagu clubing yang baik.cuma feel jew yang berbeza...betul tak?ehee


What did you think of “Hands Up”?

KPOP-Block B (Wanna be) *part3

CUte2 jew Block B nie....:)

Setelah memulakan kerjaya mereka beberapa bulan lepas yang bertajuk 'Freeze', Blok B kembali di atas pentas SBS, Inkigayo dengan prestasi trek susulan dari album debut mini mereka, "Wanna B".

Susulan trek mereka 'B' up-tempo hip-hop gaya lagu yang penuh sesak dengan rap dan mengeluarkan suara-suara yang berbeza oleh setiap ahli group.


Check out their stage below!
 

sorry tak dpt lagi MV utk video nie...
Enjoy tak? best kan....?huhuhu........zico tak brape padan la dengan rambut mcm nie..






Rabu, 6 Julai 2011

Apa yang aku rasa...Aku diKecewakan Lagi!

c Dia
       
          Aku teramat rindukan dia..dah lama tak contact. Dia call aku 3 hari yang lalu.Subuh plak tue kul 5pagi. Aku ingat tak nak sambut, tapi bila nama dia pupUp kat skrin handphone tue, aku terus tekan YES.Gembira sangat sebab nak dengar suara dia..Tetiba jew dia minta maaf kat aku.Aku pelik la, ada kah dia buat salah ngan aku? owh....rupanya dia rasa besalah sebab lama tak endahkan aku.Yalah, dulu asal aku call jew dia ada kat luar..lepak ngan kawan la, ada kerja la, penat la...SMS pun tak penh nak reply...reply pun kadang2 jew ikut mood dia la agaknya...Penah beberapa kali tue tak sempat aku nak luahkan dua patah kata dia dah matikan phone..perrghh, sakit hati nie dia tak tahu... :( Lupakan sal nie.....dialog kat tepon tue, dia kata dengan bersungguh2nya dia takkan buat lagi.Minta maaf sgt2 kat aku nie...aku pecaya la...Dia suruh aku sms dia esok harinya...bila aku sms dia tak reply pun....mlm aku try sms lagi, tak tak reply gak....aku dah mls dah...dan sampai hari nie dia masih menyepi....

          Hari nie kul 2.30ptg aku try buka profile tagged dia..Rindu nak tengok muka dia.Tapi apa yang aku nak lihat tue takde, yang ada benda lain plak..GAMBAR DIA BEDUA NGAN POMPUAN LAIN..
happynya korang kan :(

Siap gambar dorang dua tue diletakkan sebagai gambar profile lagi.SAPA YANG TAK SAKIT HATI LIHAT SEMUA TUE?!
pict profile korang nie yg membuatkan jantung aku bedegup kencang
terasa sakit tau tak lihat korang bergmbr mcm nie.... huhu

          Aku komen semua gambar dia...masa komen tue, AIR MATA AKU KUAR TANPA AKU SEDARI..HATI AKU MEMBUAK2 MENAHAN SAKIT DAN KECEWA YANG DIRASAKAN....aku tertanya-tanya, DIA CINTAKAN AKU ATAU TAK NIE? hanya dia yang tahu jawapan tue :(    T.T .. aku cuma nak kau tahu, bahwa AKU CINTAKAN KAu......kalau tak suka aku, SAY YOU DONT LOVE ME DON'T PLAY MY HEART......









APA YANG AKU RASA...AKU DIKECEWAKAN LAGI!