Get a Glitter Calendar Click Here

Ahad, 31 Julai 2011

Menantu Hantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

4 ulasan:

Unknown berkata...

#LOL

amri berkata...

Salam,hana, sori ye,komen kat sini jela pasal shoutbox tu eh..rasanya kod shoutbox lama tu bkn yang asal.sbb tu ada kluar tulisan merah dengan gambar love tu kan..so,kalau tu,cuba dapatkan kod baru kat website shoutbox tu..

Hana teen top berkata...

ala mlsnya...ok2...ti sya cri klu rjin..huhhu...mkasih ea AMRI..:)

Hana teen top berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.