Get a Glitter Calendar Click Here

Jumaat, 26 Ogos 2011

tut tuuuutt.~...DAh nAk rAya...~

Selangor : wa cakap Lu wa tak tahu,
Tapi wa tipu sama lu,
Raya jangan buat tak tahu
Angpau ada bagi gua dulu

Pahang : Sepadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang ikan patin,
Jange mu masam muko,
Raya makan Rendang Sardin

Melaka : Hawau kau berak merate,
Kaki bengkak ulaU patok,
Kalu balik naik kerete,
Jangan pandu kalau ngantok

Terengganu : makang ubi jamang jepong,
makang kepok cicah cuke,
Bulang pose mung bengong,
bulang raye mung gile.

Johor : Cegitu cegini awak suke,
Awak suke kite tak suke,
Esok lusa hari raye,
Same-same bersuke rie

Sabah(KK) : MaQan iQan cicah kuah nasi mbaQ,
Jangan Qo LupaQ kelapaQ mudaQ,
Pegi RayaQ bukan belumbaQ,
Di hospital nanti Qo berayaQ.
p/s : pantun kat atas tue, Korang dalam kategori negeri mana?ehehe 


Hoi3x.......Assalamualaikum semua..:)
Lamanya tak jenguk blog aku nie.Dah bersawang dah,sunyi jew..
Tak sangka dah ada 94 followers.weeeee, suke3x..
thanks korang..Sapa lah agaknya yg jadi Follower ke 100 aku? (angan jap)
~~~~~~~~~~~~~~
Raya nanti kompem takde yang nak ziarah blog aku nie kan?
Yew la,'sape lah aku di matamu' .. sob sob..

Eh, posa dah nak habis dah?kalau posa nak habis,
tandanya apa...???
* * *
* *
*
I

K

L

A

N
*
* *
* * *
RAYA DAH NAK TIBA la......bestnyew2x.

Yup, best tue ~meme la best..Tapi korang hanya akan terasa best kalau
korang dah beli baju raya,kasut raya,tudung raya,
spender raya yang korang dah lama angan2kan...erk??o.O ada ka?
Dan akan terasa lagi2 best kalau korang dapat beraya kat kampong.
jumpa kuarga,boleh lah berkasih sayang seakan2 dalam rancangan BERSAMAMU
siap nak nangis2 pulak...agagagagaga.

**Tapi keadaannya lain dengan aku**
Aku study kat melaka, kuarga semua kat Tawau.
Tahun lalu tak dpt balik beraya....dan..
keadaannya berulang utk ke second kalinya pada tahun nie.
biasa lah merantau nie, semua pasal tiket mahal..

Perbualan dalam tepon sebulan yg lalu versi tawau
Aku : Asalamualaikum maaaakk....!! (beri salm sampai nak pecah gegendang telinga mak aku)
Mak : ha, Walikumslm..(sora biasa2 jew)
Aku : Mak buat apa tue?
Mak : Ndakda lah, mama layan budak-budak di rumah jak nie(dia maksudkan ank buah aku).
Aku : Owh..Mak , bila mau belikan aku tiket?
Mak : Aik! ko mau balik ka jugak?ndak payah la ko balik bah.Jimat2 la kau sekarang nie.Kan bulan 12 ko    balik sini jugak.Abangmu kawin ko datang, pastue nanti ko tamat belajar pun kena belikan ko tiket lagi,dua kali tue nak ko mau dibelikan tiket pulang balik.Ko balik la umah kawanmu mcam tahun lalu.
Aku : Emmm, yala2..Habis baju raya?Aku manada baju raya.Nie pun baju kurung yang aku pakai hari2.Baju lama pulak tue mak(hampa sgt)
Mak : Ko pakai jak la baju kurung mu tue.mau buat macam mana jugak.
Aku : huhuhuhu, yala......ok lah mak, ndakda sudah kreditku nie,nanti raya mama call aku ya?
Mak : yala,jaga diri di umah orang.Pandai2 bawa diri.K la, asalamualaikum,
Aku : yala, tau jugak aku.K, walaikumslm.....(sedih sgt time nak letak gagang dah)

*click(tekan butang cancel kat hp).berakhir la perbualan diantara mak dan anaknya
hmmm.....
Aku dah 2thun gak tak beli baju raya,takde kasut raya,tudung raya....
dan tak dapat bersalam salaman dngn mak bapa aku.Sedih korang tau tak.
dan tau apa yg membuatkan aku sedih sgt kalau tak balik?
 Sebab kalau tak balik camna aku nak dapat 
DUIT RAYA ,,,,,!! huwaaa

ok la,cukup la dengar cerita aku yang tak penting pun buat korang nie..
pejam celik pejam celik,makan tido makan tido..
perrgghhhhh,Dah Nak Raya plak kan..
eh lupa nak bagi kad raya nie tuk korang.
aku takde pa nak bagi kat korang,nak bagi duit, aku pun tak dapt,
nak bagi kuih raya, aku pun tinggal kat umah orang,
so ini  jew la aku dpt bagi tuk korang teman2 blogger aku...


Jumpa lagi seminggu kemudian :)tata

1 ulasan: