Get a Glitter Calendar Click Here

Jumaat, 26 Ogos 2011

tut tuuuutt.~...DAh nAk rAya...~

Selangor : wa cakap Lu wa tak tahu,
Tapi wa tipu sama lu,
Raya jangan buat tak tahu
Angpau ada bagi gua dulu

Pahang : Sepadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang ikan patin,
Jange mu masam muko,
Raya makan Rendang Sardin

Melaka : Hawau kau berak merate,
Kaki bengkak ulaU patok,
Kalu balik naik kerete,
Jangan pandu kalau ngantok

Terengganu : makang ubi jamang jepong,
makang kepok cicah cuke,
Bulang pose mung bengong,
bulang raye mung gile.

Johor : Cegitu cegini awak suke,
Awak suke kite tak suke,
Esok lusa hari raye,
Same-same bersuke rie

Sabah(KK) : MaQan iQan cicah kuah nasi mbaQ,
Jangan Qo LupaQ kelapaQ mudaQ,
Pegi RayaQ bukan belumbaQ,
Di hospital nanti Qo berayaQ.
p/s : pantun kat atas tue, Korang dalam kategori negeri mana?ehehe 


Hoi3x.......Assalamualaikum semua..:)
Lamanya tak jenguk blog aku nie.Dah bersawang dah,sunyi jew..
Tak sangka dah ada 94 followers.weeeee, suke3x..
thanks korang..Sapa lah agaknya yg jadi Follower ke 100 aku? (angan jap)
~~~~~~~~~~~~~~
Raya nanti kompem takde yang nak ziarah blog aku nie kan?
Yew la,'sape lah aku di matamu' .. sob sob..

Eh, posa dah nak habis dah?kalau posa nak habis,
tandanya apa...???
* * *
* *
*
I

K

L

A

N
*
* *
* * *
RAYA DAH NAK TIBA la......bestnyew2x.

Yup, best tue ~meme la best..Tapi korang hanya akan terasa best kalau
korang dah beli baju raya,kasut raya,tudung raya,
spender raya yang korang dah lama angan2kan...erk??o.O ada ka?
Dan akan terasa lagi2 best kalau korang dapat beraya kat kampong.
jumpa kuarga,boleh lah berkasih sayang seakan2 dalam rancangan BERSAMAMU
siap nak nangis2 pulak...agagagagaga.

**Tapi keadaannya lain dengan aku**
Aku study kat melaka, kuarga semua kat Tawau.
Tahun lalu tak dpt balik beraya....dan..
keadaannya berulang utk ke second kalinya pada tahun nie.
biasa lah merantau nie, semua pasal tiket mahal..

Perbualan dalam tepon sebulan yg lalu versi tawau
Aku : Asalamualaikum maaaakk....!! (beri salm sampai nak pecah gegendang telinga mak aku)
Mak : ha, Walikumslm..(sora biasa2 jew)
Aku : Mak buat apa tue?
Mak : Ndakda lah, mama layan budak-budak di rumah jak nie(dia maksudkan ank buah aku).
Aku : Owh..Mak , bila mau belikan aku tiket?
Mak : Aik! ko mau balik ka jugak?ndak payah la ko balik bah.Jimat2 la kau sekarang nie.Kan bulan 12 ko    balik sini jugak.Abangmu kawin ko datang, pastue nanti ko tamat belajar pun kena belikan ko tiket lagi,dua kali tue nak ko mau dibelikan tiket pulang balik.Ko balik la umah kawanmu mcam tahun lalu.
Aku : Emmm, yala2..Habis baju raya?Aku manada baju raya.Nie pun baju kurung yang aku pakai hari2.Baju lama pulak tue mak(hampa sgt)
Mak : Ko pakai jak la baju kurung mu tue.mau buat macam mana jugak.
Aku : huhuhuhu, yala......ok lah mak, ndakda sudah kreditku nie,nanti raya mama call aku ya?
Mak : yala,jaga diri di umah orang.Pandai2 bawa diri.K la, asalamualaikum,
Aku : yala, tau jugak aku.K, walaikumslm.....(sedih sgt time nak letak gagang dah)

*click(tekan butang cancel kat hp).berakhir la perbualan diantara mak dan anaknya
hmmm.....
Aku dah 2thun gak tak beli baju raya,takde kasut raya,tudung raya....
dan tak dapat bersalam salaman dngn mak bapa aku.Sedih korang tau tak.
dan tau apa yg membuatkan aku sedih sgt kalau tak balik?
 Sebab kalau tak balik camna aku nak dapat 
DUIT RAYA ,,,,,!! huwaaa

ok la,cukup la dengar cerita aku yang tak penting pun buat korang nie..
pejam celik pejam celik,makan tido makan tido..
perrgghhhhh,Dah Nak Raya plak kan..
eh lupa nak bagi kad raya nie tuk korang.
aku takde pa nak bagi kat korang,nak bagi duit, aku pun tak dapt,
nak bagi kuih raya, aku pun tinggal kat umah orang,
so ini  jew la aku dpt bagi tuk korang teman2 blogger aku...


Jumpa lagi seminggu kemudian :)tata

Selasa, 16 Ogos 2011

Mari Membebel : KAD RAYA give away limited edition! Jommm join

 Auchak?hahhaa...Assalamualaikum semua teman2 blogger.Kacau daun tul la boss aku asyik suruh buat keja jew.Asrama plak blackout.Besiap gi keja awal subuh tak nampk apa pun,mata dah mcm bola sepak dah kena bagi besar supaya leh dapat sikit cahaya2 bulan.Hampeh...! 

Tapi hari nie saya dah ada balik sebab Cik Eqa  kita nie wat GA la..Dia ajak aku join GA dia..
Trima kasih Cik Eqa yang suka membebel nie...:)
Tarikh tutup penyertaan : 23 OGOS 2011 (11.59pm)..Nak join Klik jew 
Banner kat bawah nie ea..

Kepada sesiapa yang suka dan pingin sangat nak makan makanan yang sedap2 sempena raya nie, aku sediakn entry nie khas untuk korang.eheh..Kat bawah nie adalah di antara..........   
*Makanan raya yang paling aku suka*
 JOM TERJAH!!

 1. Anyway.., kalau korang berkesempatan singgah ke Tawau, jangan lupa rasa sarapan pagi yang paling popular... iaitu Nasi Kuning. Macam nasi lemak gak,tapi yang nie Very special rasanya.
Kalau raya makanan nie mesti ada.Tak boleh klu takde.
Nak dibuatnyew aku mengamuk kalau takde?hahaa...
tadaaaaaa......
Serunding,telur rebus,sambal ikan bilis+kacang,ayam/ikan
2. Kepada yang belum mengetahui apa itu Buras, buras tu ialah sejenis makanan tradisional suku Bugis berupa nasi kukus bersantan yang dibungkus dengan daun pisang.  Setahu aku, buras juga dikenali sebagai burasak… tapi burasak bukanlah tumbuk (this is another traditional Bugis food too).Kalau di Semenanjung Malaysia, sambutan hari raya mereka tidak lengkap tanpa lemang, tapi di sebelah Tawau buras adalah hidangan wajib.  Bagaimana hendak memasak Buras?jom terjah SINI
Walaupun aku jawa,tapi kalau kat sabah dah bertukar2 resepi dah.
Memang sedap la..sllllrppppp!!!
tadaaaaa.....
ini lah buras yang berbungkus daun pisang :)
3. Lagi satu resepi bugis 'Ayam Masak Lengkuas'.Ayam Masak Lengkuas atau dikenali juga sebagai Ayam Masak Likku adalah masakan unik terutamanya di Tawau. Kenapa? Sebab ianya adalah masakan turun temurun yang akan dihidangkan di kebanyakan rumah Bugis yang anda kunjungi di hari raya. Kenapa namanya ayam masak lengkuas, sebab bahan utama masakan ini adalah lengkuas atau dalam bahasa Bugis, lengkuas itu dipanggil likku.Ayam nie kalau di makan dengan Buras rasanya Fulamaaaaaaaaaaakkkk!!! umphhh...sedap gila.(^_^)
nie dia........tadaaaaaa.....
alamak,dah beliur dah....
Buat entry sal nie buat aku lapar plak.huhuhu..
Aku memang kuat makan.Tapi kalau time raya jew.
Kuat makan pun tak pandai gak gemok2..=.="
p/s: Ha, akhir sekali aku nak ucapkan Selamat berpuasa kepada korang semua,
tak nak ponteng2 puasa tau..Kalau pompuan takpe,bersebab.kehkehkeh..:p
dan aku nak gak ucap ayat nie awal2 walaupun blom agi masanya..hehe

*********
*******
*****
***
**
*
*
*
*
*
>>.........SELAMAT HARI RAYA........!<<

agagagaga.....lol

Alamak hampir lupa wat benda nie.eheh,untuk ini aku nak TAG :  
Cik CT , RADS , Cik Ungu dan Terbeloguntuk memeriahkan
lagi GA Cik Eqa kita nie..:)
Agak-agak Cik Eqa, aku leh menang tak?hehehe..zassss...


Sabtu, 6 Ogos 2011

AKU ADA MASALAH BESAR,HELP ME..=.="

Halo kawan2 blogger yang aku teramat sayangi dan kasihi sekalian..
wah,dah mcm pendahuluan nak wat surat plak...wei korang,sory la sebb tak update blog aku dlm beberapa hari nie.Aku TERAMAT SIBUK dengan kerja..Aku tengah siapkan satu tugas besar yg dibagi oleh boss kat tempt keja aku tue hah.besar la sangat kan..hahaha,tapi bgi aku memang besar la..Fenin aku dibuatnyew.huhu..ok,DIRECT 2 THE POINT....!

Nie lah keja yang aku kena buat tue...BLOG PUSAT AKSES SMK NANING (masuk petndingan peringkat Alor Gajah).First aku wat macam nie..

Aku dah edit banyak benda dlm nie last2 kena tukar balik.

Isnin nie dah kena wat penilaian dah..Ha,nie la yg second aku buat.Aku dah ubah.Aku dah godek2 banyk benda dah kat edit html tue sampai nak gila dah, dari ubah background,tambah button kat header,dan segala2nya la...sampailah jadi mcm kat bawah nie..
Nie lah button kat header..blom + submenu
Korang klik la pict kat atas tue ea..kalau dah tengok cuba korang tengok button kat header tue..MASALAHNYA sekarang nie,aku dah buat submenu tue,tapi tak sesuai....so,aku clear balik pa yg aku dah edit tue.

1.  APA YANG AKU NAK conthnya, bila kita hala cursor kita kat BUTTON AKTIVITI tue kita tak perlu klik utk lihat submenu..Kita cuma perlu halakan sahaja kat menu dan automatik submenu akan pop up....aku amek contoh utk korang paham mcm kat bawah nie...
Aku tak tahu camna nak wat MENU NAVIGASI POP UP!
 2. Nie lagi satu masalah..kenapa NEW PAGE boleh add sampai 10 jew?? habis mcm mana plak dgn Blog2 lain yang banyak guna new page tue?buat menu navigasi banyak so,tiap satu sub menu kena add new page kew?eh,aku betul2 tak paham la pasal nie...kew ada cara lain?Sebab aku punya submenu kena letak banyak nie..Tapi nak add new page tak dpt dah...lebih 10 tak leh..huhuhu...:'( Nak nagis pown ada nie..huwaaaa!!

3.  Apasal semua new page yang aku dah buat semua tak dapat nak komen?kalau kat home boleh plak.Adooooiiii....tekanan la kalau macam nie..ce tengok pict kat bawah nie.. Try comment kat tempat yg aku bulatkan tue..kompem tak boleh punya..Aku dah Fedup nie..
Tak dapat nak komen la....huhu..klik sini dan korang try komen
PERHATIAN!!: 
KEPADA SESIAPA YANG BAIK HATI  amir aizat , Terbelog , amri lawak kelakar , Ahmad Zaki , Zwan Sabri , Hairie  kredit utk korang ok. DAN YANG RASA DIRINYA TERER DALAM HAL EDIT MENGEDIT HTML NIE, DO LEAVE A COMENT,WAT ENTRY TENTANG NIE..TOLONG AKU HARI NIE GAK....emmmmuahhhhx saaaaaayang korang....:*

Selasa, 2 Ogos 2011

Apa kabar, kekasihku?

Satu tahun kita tidak bertemu, bagaimana kabarmu di sana?
Kekasihku, aku sangat merindukan mu. Rindu pada tawamu yang bak denting lonceng di telingaku. Rindu senyum cerahmu yang menyejukkan kalbuku dan mampu mencabut semua bebanku. Pada aroma tubuhmu sehabis mandi yang wangi dan memabukkan.
Aku teramat rindukan mu.
  
Kekasihku, berapa kali kamu memimpikanku dalam seminggu?
Kamu selalu hadir dalam setiap mimpiku. Setiap kali aku memejamkan mata, kamu menari-nari dalam anganku, meletupkan gairah dan emosiku. Sungguh, aku rindukanmu. Benar-benar. Tolong, jangan sesekali mengatakan yang kau tidak pernah memikirkan aku.

Ah ya! Aku lupa nak bagitau, tiga bulan lalu teman baik kita bernikah.Ingat tak Boo dan Andriana? Akhirnya pasangan mereka dah melangkah ke jinjang pelamin berkat jasa kita berdua dulu. Mereka menitipkan salam hangat untukmu dan berharap kau segera pulang ke Malaysia. 

Mereka juga mengharapkan kita segera menyusul. Sambil bergurau, Boo mengingatkan aku tentang lelaki-lekai yang punya rupa dan penakluk wanita hanya menggunakan ayat-ayat- manis mereka. Benarkah? Apakah kau  pernah tergoda dengan mereka?

Maaflah sebab aku tanya tentang benda nie. Bukannya aku tak percaya kekasihku. Aku cuma lelaki biasa yang tak punya apa-apa untuk dibanggakan di depanmu, selain cinta dan kesetiaan. Dua hal yang tak boleh  dibeli di supermarket mana pun kerana harganya sangat mahal dan stoknya sangat terbatas di jaman sekarang. Beza dengan title yang boleh dihargai dengan wang ringgit atau rumah mewah dan kreta Mercy yang mungkin hasil rasuah. Tapi aku, si miskin ini, boleh menjanjikanmu dua hal yang yang itu jew, sebab cuma itu yang aku ada untukmu, kekasihku.

Aku hanya percaya satu hal, Aku akan menunggumu hingga tahun itu, seperti janji kita. Kemudian kita akan mengikat janji di depan penghulu. Kita akan hidup bahagia. Seperti akhir cerita dongeng: bahagia untuk selama-lamanya.
Tahukah kamu? Aku dah start bangunkan rumah kita, di atas sepetak tanah warisan orang tuaku, setahap demi setahap. Tiba waktunya kau pulang nanti, kita akan menjadikannya pondok cinta kita. Aku mengirimkan juga rancangan rumah kita, agar hati kita boleh bersatu di dalamnya. Aku pasti membangunkannya untukmu dan aku akan membiarkanmu yang memilih cat dan apa perabot yang sesuai.

Kekasihku, rasanya aku ingin terbang ke sana sekarang juga. Apa daya aku hanya laki-laki miskin. Seandainya aku punya duit banyak dan kenalan di mana-mana, seperti Gayus Tambunan.
Menurutku, negeri kita penuh dengan orang-orang yang hebat. Tinggal bagaimana pemerintah memanfaatkan dan mengembangkannya, hehehe! Yah, seandainya aku adalah Gayus Tambunan, mungkin saat ini aku sedang menikmati lekuk wajah dan tubuhmu dari dekat, bukan sekadar berkhayal bercinta denganmu dalam mimpi.

Maafkan bila isi suratku tidak tentu arah. Aku bukan pujangga, tentu saja. Kau mengenalku sangat baik. Aku bukan sarjana. Aku tak dapat menulis seromantis Kahlil Gibran atau semesra roman-roman picisan. Aku menulis dengan hatiku dan inilah isi hati yang kucurahkan untukmu, kekasihku, agar kamu sedar dan tahu bahwa melalui lembaran-lembaran surat ini ingin kuperlihatkan gunung rinduku terhadapmu.

Aku suka sangat melukis wajahmu di antara bintang-bintang malam, dari celah jendelaku yang sempit. Membayangkanmu mengenakan long dress yang kubelikan di pasar malam. Kamu masih menyimpannya kan? Yang warnanya sebiru langit tue. Kamu nampak lebih cantek dari bintang yang paling terang sekali pun. 

Aku rindukan, kekasihku!
Aku bersedia melakukan apa saja untukmu. Menunggu seribu tahun pun aku sanggup. Apalagi hanya satu bintang, seperti pintamu, aku ambilkan di langit. Bintang yang sinarnya mulai redup itu, yang sangat cemburu melihat kecantikan dan kemolekanmu. Yang selalu berusaha mengganggu cahayamu di mataku

Dengarlah kekasihku, aku berjaya mengambilnya dari semesta. Aku berjaya mengggenggamnya dalam kepulan tanganku! Bintang itu memang tidak tahu diri dan tak mengenal adat. Dia masih saja mencacimu dan menyebutmu anak haram jadah. Maafkan kekasihku, aku kalap. Tidak sadar mengayunkan golok dan menebas urat nadi kehidupan si bintang.

Maafkan kekasihku, karena telah menghilangkan nyawa ibu tirimu.
Polis mengejarku dan menangkapku. Demi kamu, aku tidak mau terus berlari. Aku tidak mau disebut lelaki pengecut. Bagiku, perempuan tua itu patut mati! Dia tidak berhak merendahkan martabatmu, yang sudah membanting-tulang membantu menyambung hidupnya. Dasar perempuan tua tak tahu berterima kasih! Dia patut mendapatkan ganjaran dari perkataannya.

Aku sangat beruntung, polis itu masih berbaik hati memberiku kertas dan pulpen. Rupanya masih ada aparat hukum yang memiliki hati nurani. Dan dari tempat gelap inilah aku menuliskan surat cinta untukmu.
Kekasihku, kembalilah sebelum 2012 bila tidak ingin melihatku membusuk di sini. Aku mencintaimu, kekasihku.
Jangan biarkan tangan-tangan jahil dan tidak bertanggung jawab mengambil cinta kita. Bertahanlah untukku, kekasihku. Jangan biarkan pemerintah memandang sebelah mata gelar pahlawan devisa yang kau sandang. Kau adalah aset berharga negara. Aku juga bertahan untukmu di sini, walaupun hidup kurang baik dan tanpa pakaian yang layak.

Pulanglah, kekasihku.
Aku menunggumu. Dan aku mencintaimu. Selalu.
Dari kekasih yang selalu merindukanmu.
tenang plak tengok air laut nie :)



Sling Denim Bag Giveaway

Firstime join Segmen selama berblogging (^_^)....Segmen nie di buat oleh CIk Norshamila dianjurkan khas dibulan ramadhan yang mulia ini.tarikh tutup adalah 19 ogos 2011, jumaat..Thanks buat Cik Norshamila sebab sudi nak buat GA untuk kitorang yang bergelar adinda-adinda nie..ehehe..Agak-agak aku boleh menang tak Cik Norshamila ?ehehhe....:p

Klik banner kat atas nie...:) trima kasih 

Isnin, 1 Ogos 2011

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!! by Prince Ruffy on Saturday, March 12, 2011 at 3:20am


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

 Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada:
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA 'Sebarkanlah walausatu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'
 
(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'......maha suci Allah.