Get a Glitter Calendar Click Here

Khamis, 17 Mei 2012

Kepenatan Membawa Sakit Belakang

Arrrgggghhh  >.< .................penat seyh.Macam nak patah tulang belakang aku dibuatnya. Kalau tak duduk, baring...Kalau tak baring, duduk la pulaknya..kalau lah keja nie boleh buat sambil berdiri kan senang.Tapi takut plak nanti bila berdiri sakit kaki plak.Jadi sesungut la , krem la..isk,macam-macam la..Kan bagus kalau ada ilmu sakti like the old storys kan best.Boleh terbang-terbang,boleh terapung macam cerita kung fu dulu-dulu yang selalu main kat tv2 tiap kul7 malam isnin sampai jumaat.hah..kang takde dah..semua drama melayu jew.'malar' drama melayu....Eeee korang tak borink ka? BORINK SIOT  =.= 

Sebenarnya kan aku ingat nak belek-belek jew blog aku yang dah lama 'berhantu' nie..Tapi tak sangka plak aku boleh merapu lagi kat sini.Padahal dah penat macam nak mampus dah siapkan website orang.Dari hari isnin lagi ku tak tido dengan lenanya.Skang nie dah siap,boleh la aku tido sampai tak ingat dunia.Yeah!!thats right...hahhahaha..

So, korang yang tak tido2 lagi tue jomlah kita tido sesama...mesti syok.. ......hahahhaa..have a nice dream you all......... zzz






Jumaat, 17 Februari 2012

Luahan Hati Kosong

Dulu...
Aku tak memahami apa itu cinta
Senangnya tuk aku menerima cinta si jejaka tanpa ku peduli kehendak hati ini
Kasih sayang kuberikan
Kepercayaan kuberikan
Kesetian kuberikan
Tiada kongkongan malah kebebasan kuberikan walaupun hati tak ada cinta.
Semua ini adalah usaha untuk membalas cintamu.
Ya, ku lihat kau gembira, aku turut gembira.
Tapi...semakin lama setiap jejaka yang ku balas cintanya, tidak menghargaiku.
Mana janji2 mu dulu?
Dimanakah Cinta Sejati?
Aku tertanya2

Hari itu...
Pedih, hati sakit, dan apalagi yang pahit semuanya kurasa
Kerana apa? kerana cinta...
Kenapa dengan cinta? Aku jadi ALERGIC CINTA
Siapapun kau dengan kata cintamu, terpaksa kutolak
3 tahun sepi...
Siapa tahu 3 tahun sepi tanpa cinta kerana takut dengan namanya CINTA
aargghh....sampai macam tue sekali kudera diriku.

3 Tahun berlalu...
ahhh...cemburunya lihat sepasang kekasih jalan beriringan
Ada yang berkongsi minuman, bergurau senda, tengok wayang, sweetnya...
Kesunyian tanpa cinta kembali menyentuh hati tatkala melihat semua adegan itu
Apa kan daya, cinta pandang pertama  belum bertandang.

Kini...
Kau hadir menyentuh hatiku..
Berkocak hatiku tika  mata kita saling berpandangan.
Resah sejuta kurasakan.
Pintarnya kau menuturkan tiap bait katamu
Baiknya layanan yang kau berikan padaku
Aku sedih, kau nasihatkan aku
Aku merajuk, kau memujukku.
Senangnya kau mengukirkan senyuman dibibirku dikala ku keresahan.
Aku semakin sayang kepadamu..
dan kau juga menyatakan kau sayangkan aku.
Adakah ini namanya CINTA?
Aku tak pasti..
Tapi yang pastinya, Aku tak boleh berjauhan darimu.

dan sekarang ini, di saat ini...
Aku telah mendengar segala yang kau katakan
Terima kasih diatas nasihat dan sikap mengambil beratmu terhadapku
Setelah kurenung kembali apa yang terjadi,
ternyata membawa duka lara dihati ini.
Sebenarnya sepedih-pedih hatimu pedih lagi hatiku.
Tak usah kata suka kalau tak suka.
Ketahuilah bukan sengaja ku simpan perasaan ini,
cuma aku bimbang terlalu berharap dan sudahnya nanti aku dikecewakan.
Cintaku bukan terlahir kerana kesunyian selepas sekian lama ditinggalkan kekasih,
tidak juga kerana berpura-pura tapi dengan hati yang ikhlas.
Walaupun aku kelihatan tidak bersungguh-sungguh tapi kau selalu dihatiku,
seboleh-bolehnya aku mahu lakukan yang terbaik buatmu.
Tapi cintamu telah dirampas oleh si dia yang cute dan seksi, janda beranak satu.
dan kau juga semakin lama tidak mengendahkanku, aku keliru.
juga terlalu banyak persoalan yang kau tinggalkan buatku, aku makin keliru.
Tapi cubalah renungkan sejenak, aku lah insan yang terluka itu.
Hati kini kembali kosong...
kosong ....
dan kosong...


p/s : moga kau berbahagia