Get a Glitter Calendar Click Here

Rabu, 27 Julai 2011

Resepi Hari Raya (Buras Tawau)

Kepada pengunjung resepi buras tawau ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa nanti sebab korang pasti nak adakan kelainancari resepi bila menjelangnya hari raya kan.
Kepada yang belum mengetahui apa itu Buras, buras tu ialah sejenis makanan tradisional suku Bugis berupa nasi kukus bersantan yang dibungkus dengan daun pisang.  Setahu aku, buras juga dikenali sebagai burasak… tapi burasak bukanlah tumbuk (this is another traditional Bugis food too).Tumbuk ataupun nama lain kat Semenanjung nie Lemang.Cara Masak dan bentuknya pun lain dari Lemang.tapi rasa sama jew.Aku pun tak tahu pesal dinamakan Tumbuk.Lahir-lahir jew dah memang nama tue.
inilah buras dengan serunding daging
Bahan-bahan:
Beras 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.
Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau).
Cara-caranya:
Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan.
Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api.
Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar jew). Bila santan sudah berubah warna sedikit, padamkan api. Tuang/masukkan santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat! jangan terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.

Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat.  (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu, Kemudian panggang daun2 pisang yang dah dipotong kecil.Panggang kejap jew dlm 4 saat ke sekeliling daun.)
Sila ikuti panduan gambar untuk membungkus buras.
Cara mengikat buras:
Susun bungkusan bertiga-tiga atau berempat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi pada jarak 1 in, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Pastikan diikat ketat. supaya air tidak masuk bila direbus nanti.Buras hampir siap.
Memasak buras:
Rebus buras selama 1-3 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar di kayu api yang marak) Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama hidangan ayam masak lengkuas. Sure brasap punya…

>Selamat mencuba<

5 ulasan:

Tokan berkata...

Wah trasa sedapnya...beras pulut ker beras biasa tu....

::FAIZ FARISH:: berkata...

menarik

berkata...

eee beshnye.suke makan serunding. bab2 makan bagi kat saye. hehe


XD

Beeha B. berkata...

wahhhh...sedap ni....beeha boleh cuba resepi orang tawau ni...hee..

Hana teen top berkata...

yup,korang semua leh try sendiri kat umah nanti :) beras?klu tak silap campur.search kat tenet la ea..lupa tnya mak