Assalamualaikum,  Salam hormat dan salam satu blogger.. Update pertama untuk hari ini  ialah mengenai pasangan suami isteri yang sangat memerlukan bantuan dari  anda semua. Hari ini hari depa.. Nanti hari kita pulak kan?? Mana laa  tahu kan?? Semuanya di tangan Allah.. Aku terpanggil untuk buat entri  ini setelah mendapat msg di FB dari kawan aku menceritakan tentang  mereka yang memerlukan bantuan nih. Ok ok.. aku pendekkan cite.
Bayi yang  menangis ini adalah insan yang hadir dalam hidup pasangan suami isteri  di atas.. Maka sangat bahagia mereka mendapat cahaya mata anugerah Ilahi  nih kan??
 Namun semua  kebahagiaan bagaikan diragut setelah ibu kepada bayi ini telah jatuh  sakit dan lebih menyedihkan si ibu tidak dapat menyusukan bayinya  setelah 5 kali menjalani pembedahan sejak mac 2011. Nama pesakit di atas  saya hanya kenali dengan nama NORMA dan sangat memerlukan bantuan anda  semua bagi membantu kos rawatan yang ditanggung mereka.
Sangat sayu  bila melihatkan anaknya yang yang tagihkan susu ibunya dikala ibunya  tidak mampu memberi kepada anaknya dan demi sifat kemanusiaan, aku  sebagai blogger terpanggil untuk mengajak kawan2 sekalian memberikan  sedikit sumbangan kepada Norma bagi kos rawatan yang dikatakan  memerlukan RM10,000.00 setiap suntikan dan ubatan.
Bukan mereka  meraih simpati kepada kawan2 semua untuk membantu mereka malah mereka  sendiri pun tudak tahu dan tidak kenal siapa aku dan tidak minta aku  keluarkan entri sebegini.. Aku hanya ingin membantu sekadar yang mampu.  Aku tidak kaya harta, hanya doa dan bantuan sebegini sahaja yang mampu  aku berikan.
Kepada kawan2 yang ingin menghulurkan bantuan, boleh memasukkan sedikit sumbangan ke :
Kepada kawan2 yang ingin menghulurkan bantuan, boleh memasukkan sedikit sumbangan ke :
 CIMB
 01070068677528
 Noormawati Mohd Rasif
 P/S : Apa salahnya kalau sekali sekala menghulurkan bantuan kan??



 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan