![]()  | 
| sekadar hiasan | 
Kisah ini saya ambil  daripada blog yang saya tinjau2 dan crita nie di petik dari sebuah buku yang telah  dibaca oleh tuan empunya blog sendiri..
Kisah benar ini berlaku di  selatan tanah air semenanjung malaysia.Dimana, si isteri telah berkahwin  dengan suaminya selama empat tahun dan mempunyai seorang cahaya mata  berumur dua tahun.Si isteri bekerja dalam bidang kerajaan sebagai kerani  semenjak tiga tahun lalu.Bermulanya kehidupan mereka memang bahagia  dimana awal percintaan hingga lah mereka berkahwin dan mempunyai cahaya  mata.
Suaminya bekerja sebagai tukang cuci banggunan di salah sebuah  syarikat dan bekerja mengikuti jadual shift .Dimana ada tiga shift yang  perlu di lalui seperti shift pagi , petang dan malam.Kerana kewangan  suami kurang memuaskan dan di bataskan waktu bersama oleh jadual kerja  ,maka si isteri telah berkenalan dengan seorang tauke syarikat yang  selalu berurusan di tempat kerja.Pada mulanya tauke syarikat itu hanya  mempelawa untuk minum kopi.Memang pada mulanya si isteri menolak  pelawaan tersebut, namun kerana kebaikan dan seperti tauke tersebut  tidak mempunyai niat yang lain , maka si isteri mempersetujui pelawaan  tersebut.Pada hari pertama tidak ada apa-apa yang berlaku .Termasuk lah  kali kedua dan ketiga tidak ada apa-apa yang terjadi.
Kejujuran, kebaikan  , hormat dan tauke tersebut sentiasa menjadi pendengar setia setiap  luahan hati si isteri dan si isteri menganggap tauke tersebut membuatkan  dirinya selesa.Barang berharga dari lah benda kecil sehingga emas telah  diberikan kepadanya dan tauke tersebut begitu baik hingga si isteri  menitiskan air mata di atas kebaikan nya itu.Si isteri tidak mempunyai  krisis dengan si suami kerana suaminya begitu cintakan dan hubungan  mereka memang baik tetapi apabila terkenangkan tauke itu tadi membuat  kan hati si isteri menjadi serba salah.
Dan sehingga lah pada suatu hari ,  suami si isteri di tugaskan ke daerah lain untuk seminggu atas urusan  kerja syarikat yang sama.Si isteri telah memberitahu kepada tauke itu  tadi dan mereka akan membuat temu janji makan malam di sebuah hotel  besar.Dan pada malam itu ternyata si isteri telah tewas kepada pujukan  rayu si tauke dan mereka bermalam hingga ke pagi.Si isteri sudah  bersedia bersekongkol dengan pembantu rumah yang menjaga anaknya.Mereka  melakukan di tempat yang sama selama lima hari tanpa pengetahuan dari  suami tercinta.Yang menghairankan tiada rasa bersalah dari si  isteri.
Hari demi hari dan bulan demi bulan berlalu ,Mereka melakukan  perbuatan itu apabila suaminya bekerja pada waktu shift petang ataupun  malam tetapi mereka tidak akan tidur di hotel kecuali suaminya bertugas  di luar daerah.Namun hubungan mereka tidak pergi jauh, dimana tauke  tersebut telah berpindah ke negeri yang lain.
Kekasih seterusnya adalah  rakan sekerja dan ada beberapa lagi kenalan melalui internet.Sehingga  lah pada suatu hari si isteri demam kuat dan di masukkan kedalam wad.Si  isteri menghidap jangkitan kuman di dalam kemaluannya tanpa pengetahuan  si isteri mahupun si suami.Penyakit si isteri semakin  parah sehingga  lah si isteri terpaksa berhenti kerja kerana tidak mampu lagi bergerak  seperti biasa.
moralnya di sini, syurga ditapak kaki suami...
sebarang tindakan yang ingin diambil kita kena pikir beribu2 kali..
Salah buat keputusan, ini lah jadinya...Neraka tempatnya..wallahualam..

12 ulasan:
tak sangka ada juga kes macam ni..
a'ar..di dunia nie apa2 pun leh belaku Arpiiz..
memang ada...
da folo balik... sya suka entri nie^^.. itula azab yang Allah berikan pada seseorang isteri yang berdosa.. laki dia penat2 cari sesuap nasi ...rezeki... tpi itu balasannya,, pengajarannya, lelaki dan wanita haruslah tahu tanggungjawab masing-masing dan janganlah sekali2 melibatkan pihak ke tiga(bukan keluarga) untuk meluahkan perasaan,, nescaya itu boleh menyebabkan sesuatu yang buruk berlak,,Allah sahaja yang maha mengetauhi.. semoga semua ini menjadi pengajaran kepada kita...
thanks Radsmil :Dthanks sebb bagi komen yang terbaik :) panjang tue....ehehe..sama2 lah amek pengajaran ea...:)
Cerita menarik penuh dengan unsur pengajaran. Well done.
I follow ur blog. Jom3... follow wa balik.
yup...thanks sebb follow..:) dah follow u back....:)
wah.. cerita yang menarik.. memang macam tu adat dunia.. thanks 4 the story..:)
thanks komen..:)
hurm...kesian hasben dia..
tue lah..kita cuma bleh merancang..tuhan yg menentukan ..
ish bahaya2,huhu
silap wat keputusan memang akan memakan diri..wallahualam
Catat Ulasan