Get a Glitter Calendar Click Here

Khamis, 21 Julai 2011

Kisah Benar Isteri CUrang

sekadar hiasan
Kisah ini saya ambil daripada blog yang saya tinjau2 dan crita nie di petik dari sebuah buku yang telah  dibaca oleh tuan empunya blog sendiri..

Kisah benar ini berlaku di selatan tanah air semenanjung malaysia.Dimana, si isteri telah berkahwin dengan suaminya selama empat tahun dan mempunyai seorang cahaya mata berumur dua tahun.Si isteri bekerja dalam bidang kerajaan sebagai kerani semenjak tiga tahun lalu.Bermulanya kehidupan mereka memang bahagia dimana awal percintaan hingga lah mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Suaminya bekerja sebagai tukang cuci banggunan di salah sebuah syarikat dan bekerja mengikuti jadual shift .Dimana ada tiga shift yang perlu di lalui seperti shift pagi , petang dan malam.Kerana kewangan suami kurang memuaskan dan di bataskan waktu bersama oleh jadual kerja ,maka si isteri telah berkenalan dengan seorang tauke syarikat yang selalu berurusan di tempat kerja.Pada mulanya tauke syarikat itu hanya mempelawa untuk minum kopi.Memang pada mulanya si isteri menolak pelawaan tersebut, namun kerana kebaikan dan seperti tauke tersebut tidak mempunyai niat yang lain , maka si isteri mempersetujui pelawaan tersebut.Pada hari pertama tidak ada apa-apa yang berlaku .Termasuk lah kali kedua dan ketiga tidak ada apa-apa yang terjadi.

Kejujuran, kebaikan , hormat dan tauke tersebut sentiasa menjadi pendengar setia setiap luahan hati si isteri dan si isteri menganggap tauke tersebut membuatkan dirinya selesa.Barang berharga dari lah benda kecil sehingga emas telah diberikan kepadanya dan tauke tersebut begitu baik hingga si isteri menitiskan air mata di atas kebaikan nya itu.Si isteri tidak mempunyai krisis dengan si suami kerana suaminya begitu cintakan dan hubungan mereka memang baik tetapi apabila terkenangkan tauke itu tadi membuat kan hati si isteri menjadi serba salah.

Dan sehingga lah pada suatu hari , suami si isteri di tugaskan ke daerah lain untuk seminggu atas urusan kerja syarikat yang sama.Si isteri telah memberitahu kepada tauke itu tadi dan mereka akan membuat temu janji makan malam di sebuah hotel besar.Dan pada malam itu ternyata si isteri telah tewas kepada pujukan rayu si tauke dan mereka bermalam hingga ke pagi.Si isteri sudah bersedia bersekongkol dengan pembantu rumah yang menjaga anaknya.Mereka melakukan di tempat yang sama selama lima hari tanpa pengetahuan dari suami tercinta.Yang menghairankan tiada rasa bersalah dari si isteri.

Hari demi hari dan bulan demi bulan berlalu ,Mereka melakukan perbuatan itu apabila suaminya bekerja pada waktu shift petang ataupun malam tetapi mereka tidak akan tidur di hotel kecuali suaminya bertugas di luar daerah.Namun hubungan mereka tidak pergi jauh, dimana tauke tersebut telah berpindah ke negeri yang lain.

Kekasih seterusnya adalah rakan sekerja dan ada beberapa lagi kenalan melalui internet.Sehingga lah pada suatu hari si isteri demam kuat dan di masukkan kedalam wad.Si isteri menghidap jangkitan kuman di dalam kemaluannya tanpa pengetahuan si isteri mahupun si suami.Penyakit si isteri semakin  parah sehingga lah si isteri terpaksa berhenti kerja kerana tidak mampu lagi bergerak seperti biasa.

>Klik DI SINI untuk tahu lebih lanjut<

moralnya di sini, syurga ditapak kaki suami...
sebarang tindakan yang ingin diambil kita kena pikir beribu2 kali..
Salah buat keputusan, ini lah jadinya...Neraka tempatnya..wallahualam..

12 ulasan:

Arpiiz berkata...

tak sangka ada juga kes macam ni..

Hana teen top berkata...

a'ar..di dunia nie apa2 pun leh belaku Arpiiz..
memang ada...

radsmil berkata...

da folo balik... sya suka entri nie^^.. itula azab yang Allah berikan pada seseorang isteri yang berdosa.. laki dia penat2 cari sesuap nasi ...rezeki... tpi itu balasannya,, pengajarannya, lelaki dan wanita haruslah tahu tanggungjawab masing-masing dan janganlah sekali2 melibatkan pihak ke tiga(bukan keluarga) untuk meluahkan perasaan,, nescaya itu boleh menyebabkan sesuatu yang buruk berlak,,Allah sahaja yang maha mengetauhi.. semoga semua ini menjadi pengajaran kepada kita...

Hana teen top berkata...

thanks Radsmil :Dthanks sebb bagi komen yang terbaik :) panjang tue....ehehe..sama2 lah amek pengajaran ea...:)

Nazri Razra berkata...

Cerita menarik penuh dengan unsur pengajaran. Well done.

I follow ur blog. Jom3... follow wa balik.

Hana teen top berkata...

yup...thanks sebb follow..:) dah follow u back....:)

Abang Kacak berkata...

wah.. cerita yang menarik.. memang macam tu adat dunia.. thanks 4 the story..:)

Hana teen top berkata...

thanks komen..:)

nurulain1011 berkata...

hurm...kesian hasben dia..

Hana teen top berkata...

tue lah..kita cuma bleh merancang..tuhan yg menentukan ..

Unknown berkata...

ish bahaya2,huhu

Hana teen top berkata...

silap wat keputusan memang akan memakan diri..wallahualam